Royal Canin
Royal Canin

Royal Canin

Royal Canin ialah sebuah syarikat Perancis yang menghasilkan dan memasarkan produk makanan anjing dan kucing, serta mengeksportnya ke luar Perancis. Syarikat ini juga menjalankan penyelidikan mengenai perumusan dan pengujian keperluan pemakanan anjing dan kucing.Syarikat ini diasaskan oleh seorang doktor bedah haiwan setelah berjaya mengendalikan sejumlah keadaan kulit dan bulu haiwan peliharaan dengan memberi haiwan tersebut sejenis bijirin yang dobuat sendiri di garaj rumahnya. Setelah mengimport penyemperit dari Amerika Syarikat, syarikat ini merupakan yang pertama untuk menghasilkan makanan kering di Perancis. Khususnya ditujukan untuk penjaga haiwan, hasil pengeluaran syarikat ini meningkat dan pengedarannya berkembamg luas hingga ke serata Eropah. Dijual kepada Guyomarc'h Group pada tahun 1972, syarikat ini kemudian berkembang, terutama di bidang penyelidikan dan pembangunan, sebelum kemudian dibeli oleh Paribas Bank pada tahun 1990. Syarikat ini pernah tersenarai di Bursa Saham Perancis, namun tidak lama kemudian menarik diri dari bursa setelah dibeli oleh Mars, Incorporated.

Rujukan

WikiPedia: Royal Canin http://www.royalcanin.ca/ http://www.royalcanin.ca/index.php/About-Us/Our-St... http://www.20min.ch/ausland/news/story/Haustierfut... http://www.bencer-construction.com/ref_royal.htm http://investing.businessweek.com/research/stocks/... http://www.company-histories.com/Royal-Canin-SA-Co... http://digitaljournal.com/article/355582 http://www.docin.com/p-293570905.html http://www.hoovers.com/company/Royal_Canin_SAS/ssc... http://www.just-food.com/news/masterfoods-royal-ca...